Saturday, March 6, 2010

Program Kurikulum

Program-program yang dilaksanakan :

1. 10 minit bacaan pagi – Selasa - Bahasa Melayu
Rabu dan Jumaat - Bahasa Cina
Khamis - Bahasa Inggeris
2. Program Didikku Sayang
3. Kelas tambahan Bahasa Cina
4. Kelas intensif UPSR
5. Program mari membaca
6. Bengkel teknik menjawab soalan


Program Utama Kecemerlangan

BM(K) – Fikir dan jawab
BM(P) – Karyawan
BI – Compound sentences
BC(K) – Teknik menjawab
BC(P) – Karyawan
Matematik – Masmudah
Sains – Teknik menjawab

Program Utama Menguasai Semua Mata Pelajaran

BM(K) – Mari membaca
BM(P) - Karyawan
BI – Drilling on writing simple sentences
BC(K) – Mari menyebut
BC(P) – Karyawan
Matematik – Bijak sifir
Sains – Kenal kata kunci

Tuesday, January 5, 2010

Objektif

目标

1。达致KBSR宗旨:每个学生皆能读、能写、能算。
2。致力于UPSR 100% 及格率及20%卓越绩率。
3。摒弃种族、文化及宗教不同的歧见,一视同仁,努力发展每位学生的潜能。
4。确保与培育学生之间的互相尊敬,互相了解及团结精神。
5。准备学生能面对科技与资讯快速发展的挑战。
6。培育学生自律、自尊、自爱、有主见、有创造性。
7。给予学生机会在体育方面发展潜能。
8。就与培育学生成为在各方面拥有积极态度,负责有为的公民。



OBJEKTIF SJK(C) MARAN

1. Perlaksanaan KBSR secara menyeluruh dan tercapai hasrat setiap pelajar menguasai 3M :- Membaca, Menulis dan Mengira.

2. Berusaha ke arah pencapaian UPSR 100% dan kecemerlangan 20%.

3. Berusaha dan pastikan semua pelajar diberi peluang adil dalam perkembangan potensi individu dan diskriminasi kerana bangsa, agama dan budaya tidak berlaku.

4. Pastikan wujudnya perpaduan, persefahaman dan saling hormat terpupuk di kalangan pelajar.

5. Menyediakan pelajar yang mahir untuk menghadapi perkembangan teknologi IT.

6. Menyedia dan melahirkan insan yang cintakan kebersihan rohani dan jasmani melalui program Bina Insan.

7. Menyediakan peluang yang luas melalui penglibatan pelajar dalam penubuhan kelab, persatuan dan permainan untuk mencungkil bakat dan perkembangan potensi individu.

8. Mempertingkatkan kemudahan yang perlu dalam semua aktiviti kokurikulum ke arah melahirkan warga Malaysia yang bersemangat tinggi untuk bersaing secara positif.



Matlamat

宗旨

1。提升马兰华小教育威信,尊严形象与地位。
2。塑造身心均衡发展,心智协和的个人。
3。培育学生于德、体、智方面卓越的成就。
4。卓越绩效的教与学,卓越的服务。


MATLAMAT SJK(C) MARAN

KECEMERLANGAN PROFESION PERGURUAN UNTUK PELAJAR

Melalui:-

1. Mengangkat Maruah & Martabat Pendidikan SJK(C) Maran.

2. Pembentukan Insan Yang Seimbang Dan Harmonis.

3. Pembentukan Kecemerlangan Pelajar dalam Aspek Kurikulum & Kokurikulum.

4. Pengajaran & Pembelajaran Efektif.

5. Perkhidmatan Cemerlang.

Piagam Pelanggan SJK(C) Maran

PIAGAM PELANGGAN
SJK(C) MARAN PAHANG DARUL MAKMUR

BERUSAHA MEMASTIKAN PERKEMBANGAN POTENSI
INDIVIDU BERLAKU SECARA MENYELURUH,
BERDASARKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA DAN PENGISIAN
WAWASAN PENDIDIKAN UNTUK MENGISI KEPERLUAN
WAWASAN 2020, BERTERASKAN AGAMA, BUDAYA,
BANGSA DAN KEMAJUAN TEKNOLOGI TERKINI


HASRAT INI DICAPAI MELALUI:

SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

1. Memastikan program pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan.
2. Menjalankan penilaian, kajiselidik untuk mengenalpasti masalah dan menyusun strategi baru
untuk memastikan kejayaan program pendidikan.
3. Melahirkan guru yang kreatif, inovatif dan efektif melalui program latihan berkala yang berkesan.
4. Menjalankan program penyeliaan dan pencerapan oleh pentadbir dan rakan sejawat bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
5. Memastikan semua murid pada akhir tahun satu menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.
6. Mempertingkatkan kemahiran guru dalam penggunaan alat bantuan mengajar, iaitu media elektronik, media cetak dan bahan perisian bagi mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.
7. Memastikan semua murid Tahun Enam lulus UPSR.
8. Memastikan penggunaan sumber pendidikan di sekolah memberi faedah yang maksimum kepada pembentukan sahsiah dan pembelajaran murid.
9. Memastikan penempatan murid di dalam kelas dilakukan secara adil bagi mewujudkan perpaduan dan perkongsian kebolehan.

PEMBENTUKAN KECEMERLANGAN MURID

1. Memastikan Pusat Sumber Sekolah berfungsi dengan baik dalam mempertingkatkan minat membaca.
2. Mewujudkan daya saing yang sihat melalui program motivasi, Pembimbing Rakan sebaya dan berbagai bentuk pertandingan.
3. Mencetuskan rasa kekeluargaan, sayang-menyayang sesama insan melalui program “Sekolah Rumahku”
, “Deritamu Deritaku”.
4. Melahirkan individu yang kreatif dan inovatif melalui pertandingan-pertandingan mencipta slogan, kad-
kad ucapan dan penggunaan semula bahan-bahan terbuang.
5. Melahirkan insan yang cintakan kebersihan rohani dan jasmani menerusi program “Penswastaan
Kawasan”, ceramah, pertandingan dan lawatan.
6. Menyediakan peluang yang luas melalui penubuhan pelbagai kelab, persatuan dan permainan bagi mengcungkil bakat dan memperkembangkan potensi murid.
7. Mempertingkatkan kemudahan latihan dan pertandingan dalam semua aktiviti kokurikulum bagi melahirkan warga yang berdaya saing tinggi secara positif.
8. Memastikan aktiviti kokurikulum dirancang dengan baik agar dapat menyemai disiplin kendiri yang tinggi dan menghindarkan murid daripada terjermus ke arah salah laku, ponteng dan lepak.

PERKHIDMATAN CEMERLANG

1. Sentiasa bersikap terbuka terhadap pandangan dan teguran semua pihak.
2. Mengadakan perjumpaan kekeluargaan berkala dengan ibu bapa untuk menyelesaikan pelbagai masalah persekolahan murid.
3. Tidak menyalahgunakan kuasa, wang dan masa.
4. Mengamalkan sikap dedikasi dan komited terhadap tugas dan tanggungjawab.