Tuesday, January 5, 2010

Piagam Pelanggan SJK(C) Maran

PIAGAM PELANGGAN
SJK(C) MARAN PAHANG DARUL MAKMUR

BERUSAHA MEMASTIKAN PERKEMBANGAN POTENSI
INDIVIDU BERLAKU SECARA MENYELURUH,
BERDASARKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA DAN PENGISIAN
WAWASAN PENDIDIKAN UNTUK MENGISI KEPERLUAN
WAWASAN 2020, BERTERASKAN AGAMA, BUDAYA,
BANGSA DAN KEMAJUAN TEKNOLOGI TERKINI


HASRAT INI DICAPAI MELALUI:

SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

1. Memastikan program pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan.
2. Menjalankan penilaian, kajiselidik untuk mengenalpasti masalah dan menyusun strategi baru
untuk memastikan kejayaan program pendidikan.
3. Melahirkan guru yang kreatif, inovatif dan efektif melalui program latihan berkala yang berkesan.
4. Menjalankan program penyeliaan dan pencerapan oleh pentadbir dan rakan sejawat bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
5. Memastikan semua murid pada akhir tahun satu menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.
6. Mempertingkatkan kemahiran guru dalam penggunaan alat bantuan mengajar, iaitu media elektronik, media cetak dan bahan perisian bagi mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.
7. Memastikan semua murid Tahun Enam lulus UPSR.
8. Memastikan penggunaan sumber pendidikan di sekolah memberi faedah yang maksimum kepada pembentukan sahsiah dan pembelajaran murid.
9. Memastikan penempatan murid di dalam kelas dilakukan secara adil bagi mewujudkan perpaduan dan perkongsian kebolehan.

PEMBENTUKAN KECEMERLANGAN MURID

1. Memastikan Pusat Sumber Sekolah berfungsi dengan baik dalam mempertingkatkan minat membaca.
2. Mewujudkan daya saing yang sihat melalui program motivasi, Pembimbing Rakan sebaya dan berbagai bentuk pertandingan.
3. Mencetuskan rasa kekeluargaan, sayang-menyayang sesama insan melalui program “Sekolah Rumahku”
, “Deritamu Deritaku”.
4. Melahirkan individu yang kreatif dan inovatif melalui pertandingan-pertandingan mencipta slogan, kad-
kad ucapan dan penggunaan semula bahan-bahan terbuang.
5. Melahirkan insan yang cintakan kebersihan rohani dan jasmani menerusi program “Penswastaan
Kawasan”, ceramah, pertandingan dan lawatan.
6. Menyediakan peluang yang luas melalui penubuhan pelbagai kelab, persatuan dan permainan bagi mengcungkil bakat dan memperkembangkan potensi murid.
7. Mempertingkatkan kemudahan latihan dan pertandingan dalam semua aktiviti kokurikulum bagi melahirkan warga yang berdaya saing tinggi secara positif.
8. Memastikan aktiviti kokurikulum dirancang dengan baik agar dapat menyemai disiplin kendiri yang tinggi dan menghindarkan murid daripada terjermus ke arah salah laku, ponteng dan lepak.

PERKHIDMATAN CEMERLANG

1. Sentiasa bersikap terbuka terhadap pandangan dan teguran semua pihak.
2. Mengadakan perjumpaan kekeluargaan berkala dengan ibu bapa untuk menyelesaikan pelbagai masalah persekolahan murid.
3. Tidak menyalahgunakan kuasa, wang dan masa.
4. Mengamalkan sikap dedikasi dan komited terhadap tugas dan tanggungjawab.